Takaful myMotor menyediakan perlindungan untuk kenderaan anda terhadap kehilangan atau sebarang kerosakan termasuk liabiliti pihak ketiga. Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan:-
- Perlindungan Komprehensif – Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh perlanggaran tidak sengaja, terbalik, kebakaran, kerosakan impak dan kematian/kecederaan badan kepada pihak ketiga termasuk kehilangan atau kerosakan kepada harta benda mereka akibat kemalangan.
- Perlindungan Pihak Ketiga – melindungi peserta terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kedua-dua kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta kepada pihak ketiga.
Apa yang unik tentang kami ........PERTAMA dan SATU-SATUNYA pengendali Takaful di dalam negara ini yang berterusan memberi ganjaran secara konsisten kepada para pelanggan melalui Pulangan Tunai sebanyak 15%* sekiranya tiada tuntutan yang dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Untuk perlindungan yang lebih meluas, anda boleh mengambil perlindungan tambahan untuk:-
- Kerosakan cermin
- Perlindungan liabiliti penumpang
- Peril khas seperti Banjir, Angin Ribut, Hujan Lebat, Taufan, Letusan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Gelinciran Tanah, atau Penenggelaman
- Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
- Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar (MPA)
Nombor Tele Bantuan : 1-800-888-788
Comments
Post a Comment