Takaful myMotor
Takaful myMotor menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan
kenderaan anda termasuk liabiliti pihak ketiga. Jenis perlindungan yang
ditawarkan adalah:
- Perlindungan
Komprehensif - Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan
kenderaan akibat perlanggaran yang tidak sengaja, terbalik, kebakaran,
kerosakan hentaman dan kematian/kecederaan anggota badan pihak ketiga
termasuk kehilangan atau kerosakan harta benda mereka semasa kemalangan.
- Perlindungan
Pihak Ketiga – Membayar ganti rugi bagi pihak Peserta terhadap liabiliti
undang-undang yang timbul daripada kecederaan anggota badan dan kerosakan
harta benda pihak ketiga.
Comments
Post a Comment